Bulan Ramadan bulan yg mulia. Di dalam bulan ini, terdapat banyak kelebihan, dilipat gandakan ganjaran dan dibelenggu musuh manusia bernama syaitan.Jadi jangan terkejut apabila ramai manusia mula kembali ke pangkal jalan.Mereka meninggalkan urusan dunia untuk mengejar akhirat dan syurga.
- Tiba tiba bangun qiamullail
- Tiba tiba tutup aurat
- Tiba tiba solat berjemaah
- Tiba tiba berhenti mencarut
Baguslah kepada mereka yg berjaya.Tahniah...teruskan usaha anda. InsyaAllah anda akan berjaya
Sayangnya ia cuma bertahan selama sebulan (kecuali yg istiqamah).Habis sahaja bulan Ramadan, segalanya kembali seperti sediakala.Jadi jangan terkejut apabila ramai manusia mula kembali ke lembah kegelapan.Mereka melupakan urusan ukhrawi untuk mengejar duniawi.
Lantaran itu, pasti berlakunya maksiat mengejut. Mereka pun tiba tiba.....
- Tiba tiba buka aurat
- Tiba tiba lupakan qiamullail
- Tiba tiba tinggalkan solat
Tiba tiba dan tiba tiba.Inilah sketsa yg sering berlaku setelah habisnya Ramadan. Adakah kita ingin membalas dendam? Kepada siapa? Mengapa?...
Tidak lupa juga kepada diri saya yang selalu lalai dan alpa. Berpesan pesanlah ke arah kebaikan dan kesabaran sesama kita selaras dengan firman Allah SWT di dalam surah Al 'Asr. Walaupun surah tersebut surah pendek (3 ayat), namun ramai yang tidak sedar akan perintah Allah yang terkandung di dalamnya.
Semoga Ramadan kali ini mampu merubah diri kita menjadi hamba yang lebih soleh dan solehah.
Semoga Ramadan kali ini mampu merubah diri kita menjadi hamba yang lebih soleh dan solehah.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.