Sunday 18 December 2011

JALAN JALAN TAMBAH IMAN









Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Bersama hos anda budak dakwah di dalam rancangan yang terbaru "Jalan Jalan Tambah Iman" hanya di saluran budakdakwah@blogspot.com


Mungkin kita dah biasa dengar rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Rancangan yang menyajikan tempat tempat menarik untuk dikunjungi dan dilawati. Tetapi ia sedikit berlainan di dalam rancangan ini. Kita akan cuba memahami bagaimana dengan hanya berjalan jalan, insyaAllah kita mampu menambah iman. 


Sebenarnya kita digalakkan untuk bermusafir di muka bumi Allah ini untuk melihat dan mengagumi kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Allah menjadikan manusia sebagai ahsani takwim iaitu sebaik baik kejadian. Seharusnya kita menggunakan akal dan fikiran yang telah dianugerahkan untuk berfikir.  


Ciptaan ciptaan Allah melambangkan kekuasaanNya. Lihatlah bumi tempat kita berpijak. Planet bumi merupakan planet yang paling sesuai untuk didiami manusia. Pandanglah ke atas melihat kepulan kepulan awan. Tergantung di atas sana tanpa sebarang tali. Kiblat umat Islam iaitu Kaabah. Ia terletak betul betul di tengah tengah dunia. Dan air zam zam pula tidak berhenti mencurah curah. Air bawah tanah yang penuh dengan khasiat. Adakah ia mustahil? Tiada apa yang mustahil di sisi Allah.


Dalam bermusafir tiada halangan untuk kita beribadah. Bahkan Allah telah meringankan beban orang orang yang bermusafir. Kita boleh mengerjakan solat jamak dan qasar apabila 
sudah memenuhi syarat syarat sah seperti perjalanan mestilah melebihi dua marhalah dan berniat baik.








Jangan kita sekadar bercuti atau berjalan jalan di atas muka bumi Allah tanpa kita mengagumi kebesarannya. Hayatilah keindahan alam dan ciptaannya. Kebesaran Allah ada di mana mana sahaja. Tinggal kita untuk mencari dan mengkaji. Gunakan akal untuk berfikir, gunakan lidah untuk berzikir. Subhanallah! Maha Suci Allah! Hebatnya ciptaan Allah mengatasi segala galanya. Dialah Maha Pencipta.

"D.U.I.T." RESIPI KEJAYAAN







"Usaha tangga kejayaan" Pepatah ini amat sinonim dengan rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu. Pepatah ini juga dijadikan prinsip hidup dalam diri bagi sesetengah manusia. Ya betul,  kejayaan tidak akan dapat dicapai jika tidak disusuli dengan usaha. Ia umpama kereta. Jika enjinnya tidak dihidupkan, kereta tersebut tidak akan bergerak.


Tetapi adakah dengan usaha sahaja sudah memadai untuk kita menggapai kejayaan? Sebenarnya tidak semudah itu. Saya teringat kata kata ustaz saya dahulu. Kalau nak berjaya kita perlu mengguna pakai satu resepi. Resipinya ringkas tetapi tidak semudah yang disangka. Resipi itu adalah D.U.I.T. Saya namakan resepi ini resepi kejayaan.


1. D = Doa 


Allah juga berfirman maksudnya, dan Tuhanmu berfirman berdoalah kepadaku nescaya akan aku perkenankan. Alllah adalah satu satunya tempat kita memohon dan meminta. Tiada guna meminta kepada jin dan syaitan. Mereka juga makhluk Allah. Perbuatan seumpama ini adalah syirik. Dan syirik itu satu dosa besar.


Senjata utama umat Islam adalah doa. Bukannya senapang AK-47 ataupun pistol KM .45 Tactical. Dan ibu kepada segala doa adalah solat. Ramai orang berusaha tetapi lupa akan urusan agama iaitu solat. Hal ehwal solat dianggap remeh. Solat itu satu kewajipan tetapi hanya dianggap permainan. Mengaku diri Islam tetapi tidak melaksanakan apa yang diperintahkan. 


Kita tidak sedar solat adalah kunci utama kita untuk memohon dan meminta. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud, dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Jika permintaan kita tidak termakbul, jangan kita cepat melatah dan berputus asa atau menyalahkan Allah. Sabar itu penting dalam memohon dan meminta sesuatu. Nescaya ada hikmah disebaliknya.


2. U = Usaha


Tidak perlu saya mengulas lanjut mengenai usaha. Seperti kita maklum, usaha amat penting dalam melakukan sesuatu. Meskipun doa adalah senjata utama, tetapi tidak boleh juga jika tidak diiringi dengan usaha. Seperti pepatah Arab, siapa yang berusaha dia akan berjaya, siapa yang menanam dia akan mendapat hasilnya.


Usaha yang dilakukan secara istiqamah adalah penting. Saya pernah mendengar orang berkata, Allah tidak melihat kepada hasilnya tetapi menilai daripada usaha kita. Kita mestilah memasakkan di hati kita sifat ikhlas dalam berusaha dan segalanya lillahi taala. Kerana Allah Taala


3. I = Ikhtiar


Selepas kita berusaha kita juga boleh berikhtiar dengan cara lain. Antaranya dengan menemui orang yang mahir dalam bidang tersebut ataupun membaca buku buku yang boleh dijadikan bahan rujukan. Tetapi kita juga dilarang membaca tanpa merujuk guru. Takut takut kita kurang faham atau tersalah tafsir sehingga kita melakukan kesilapan dalam bertindak.


Selain itu, kita juga boleh menyertai program program yang bersesuaian. Misalnya pelajar. kem kem motivasi adalah di antara modul program yang baik. Program program seperti ini sangat bagus dan dapat membantu memperbaiki kelemahan dan kekurangan. 


Kawan saya juga ada berkongsi rahsianya iaitu tidak kedekut ilmu. Banyak mengajar orang lain tidak merugikan bahkan membantu dalam proses hafalan dan pemahaman. Jangan kita kedekut ilmu kerana di antara ciri ciri orang yang berimu ialah menyebarkan ilmunya.


4. T = Tawakal


Ini adalah proses terakhir setelah kita berusaha, ikhtiar dan berdoa. Sebagai manusia biasa kita tiada kuasa untuk berbuat apa apa. Kesemuanya di bawah kekuasaan Allah. Jika Allah mengizinkan, alhamdulillah tetapi jika tidak itu hak Allah. Pasti ada hikmah yang tersurat mahupun tersirat pada setiap kejadian yang berlaku.


Inilah resipi kejayaan yang pernah ustaz saya ungkapkan dahulu. Walaupun begitu, saya mengakui agak sukar kita melakukannya dengan istiqamah. Mencontohi lebih mudah daripada mengamalkannya. Setakat ini sahaja daripada saya. Selamat mencuba!







TERCABUTNYA ILMU





Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,


Ilmu adalah aset yang paling penting dalam kehidupan. Tanpa ilmu kita akan mudah ditipu dan diperdaya. Tipu muslihat dunia dan syaitan sangat berbisa. Mereka adalah ejen penipuan terbesar sebagai ujian kepada umat Muhammad.


Tidak diciptakan manusia kecuali untuk beribadah kepadaNya. Kepada Allah jualah kita beribadah dan memohon pertolongan. Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Sabar itu satu kekuatan, solat pula satu kewajipan.


Beribadah juga memerlukan ilmu. Bagaimana kita mahu beribadah jika tiada ilmu? Tetapi jika ada ilmu perlulah kita amalkan selagi ilmu itu tidak melanggar syariat. Pepatah Arab ada menyebut, ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah. Pohonnya ada tetapi tidak dibaja. Bagaimana mahu menghasilkan buah? Sama juga seperti ilmu. Ilmunya sudah ada tetapi tidak diamalkan. Kini sudah terbukti, ilmu sangat penting untuk dimiliki.

Pernahkah kita terfikir bagaimana jika hilangnya ilmu? Bagaimana pula ia hilang?


Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu daripada hambanya. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan kematian para ulama' sehingga tidak ada lagi alim ulama. Lalu manusia memilih orang orang jahil sebagai ketua. Apabila ditanya (mengenai agama) mereka memberi fatwa tanpa memiliki ilmu, maka mereka menyesatkan dirinya dan orang lain.


Hadis di atas menjelaskan kepada kita, ilmu itu tidak dicabut daripada dada dan hati manusia.       
Ilmu itu dicabut dengan kematian ulama. Pemergian 'ulama bukan sahaja meninggalkan jasa dan baktinya. Pemergian mereka memberi satu makna dan petanda. Petanda bahawa ilmu manusia semakin hilang dan berkurangan.


Kita juga ditegah memilih orang jahil sebagai ketua.  Ketua adalah pemimpin. Dan pemimpin pula perlu bertanggungjawab di atas apa yang dipimpinnya. Ia bukan sekadar jawatan yang boleh dipermainkan dan diperolok olokkan. Ia satu amanah yang berat dan akan disoal di akhirat kelak.








Bagaimana orang yang jahil boleh menjadi ketua? Apabila ditanya, mereka akan memberi jawapan tanpa ilmu. Lebih lebih lagi mengenai hukum hukum agama. Hukum dalam agama adalah berdasarkan dalil dan nas yang tertentu. Sesuatu hukum tidak boleh ditentukan sewenang wenangnya mengikut nafsu dan pemikiran sendiri. Dan tanpa mereka sedari, mereka telah menyesatkan diri mereka sendiri dan orang lain


Memberi fatwa tanpa ilmu adalah salah di sisi agama. Lebih baik katakan tidak tahu daripada menipu. Menipu orang lain sama sahaja seperti menipu diri sendiri. Sedangkan menipu atau berdusta itu adalah ciri ciri orang munafik yang hidup dalam kepura puraan. Mereka mengaku Islam, tetapi hakikatnya hanya dia dan yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu.


Akhir kata, segala galanya memerlukan ilmu. Ilmu Allah Taala itu luas. Tidak terhad dan tidak terbatas. Pelbagai ilmu boleh dipelajari. Belajar pula tidak mengenal usia. Selagi nyawa dikandung badan, tuntutlah ilmu tanpa rasa bosan. Ilmu wahyu, ilmu pertahankan diri, ilmu pertukangan, ilmu kepimpinan dan banyak lagi. 

Thursday 15 December 2011

WUJUDKAN MASYARAKAT "MUTUALISME"





Idea untuk saya menulis kali ini timbul dan muncul setelah saya membaca salah satu artikel di Majalah Solusi. Ketika diri hanyut dalam pembacaan, tiba tiba hati saya terasa seolah olah disentap. Bukan kerana takut mahupun terkejut. Tetapi sebenarnya hati saya tertarik dengan satu perkataan yang digunakan oleh penulis iaitu "simbiosis"


Daripada apa yang saya pelajari dan ingat, simbiosis sebenarnya adalah salah satu di antara cara organisme berinteraksi - Interaction of Living Organisms - mata pelajaran Sains tingkatan dua. 

Simbiosis terbahagi kepada tiga iaitu parasitisme, mutualisme dan komensalisme. Topik yang akan saya ketengahkan ialah "mutualisme". Ia satu hubungan di mana kedua duanya saling memberi manfaat di antara satu sama lain.

Mungkin anda tertanya tanya, apa kaitannya mutualisme ini dalam kehidupan manusia? Nampak macam tak ada kena mengena je? Hmm... memang tak ada kena mengena pun secara dasarnya. Tetapi sebenarnya saya cuma mahu mengaplikasikan sahaja fungsi mutualisme dengan  manusia. Pada pandangan saya, fungsi mutualisme amat penting untuk diterapkan dalam kehidupan manusia.


Jika diselami maksud mutualisme seperti yang saya nyatakan tadi, ia sebenarnya mementingkan penerapan nilai nilai yang murni dan positif. Sememangnya lahiriah manusia untuk hidup saling bergantungan. Manusia memang sukar untuk hidup sendiri tanpa bantuan daripada orang sekeliling. 








Ibu bapa, saudara mara, keluarga, kawan dan sahabat serta masyarakat. Inilah antara orang yang berada di sekeliling kita. Tidak kira tua, muda, kaya atau miskin. Perbezaan kaum mahupun berbeza warna kulit. Kesemuanya sama. Kita memerlukan mereka dan mereka juga memerlukan kita. Sejujurnya kita saling memerlukan antara satu sama lain sebagai pelengkap kehidupan.


Zaman dahulu telah membuktikan. Allah SWT telah menciptakan Hawa bagi menemani Adam yang kesunyian. Rasulullah SAW dan sahabat sahabatnya pula bersama sama berjuang menegakkan Islam. Zaman sekarang pula meneruskan. Lihatlah presiden presiden, perdana menteri, menteri besar hinggalah ke ketua kampung sekarang. Mereka juga tidak keseorangan. Mereka ada orang di yang saling bekerjasama membantu mereka. Kerjasama yang dibina bersama akan menjadi nadi ke arah memacu kejayaan.


Syaitan lebih suka jika kita bersendirian. Kerja mereka lebih mudah dan senang. Tak percaya? Kerja syaitan untuk menghasut anak Adam lebih mudah jika kita dalam keadaan bersendirian. Kita rasa lebih takut untuk melakukan maksiat jika ramai orang di sekeliling kita. Pasti rasa takut dan malu akan menguasai diri untuk menundukkan hawa nafsu.


Tetapi ia sukar sekali jika kita bersendirian dan keseorangan. Hawa nafsu dengan mudahnya berjaya mengikis rasa takut dan malu. Akhirnya maksiat lebih mudah berlaku. Ia disebabkan diri kita rasa bebas. Bebas daripada sebarang pengawasan dan perhatian. Tetapi kita lupa sebenarnya kita sering diperhatikan. Malaikat Rakib dan Atid pula setia mencatat amalan baik dan buruk di kiri dan kanan.


Itulah pentingnya mutualisme dalam kehidupan kita. Kita dan orang di sekeliling perlu saling memberi manfaat antara satu sama lain. Kita saling tegur menegur, saling tolong menolong, saling bertolak ansur dan saling memahami. Kita bukan hanya mengharapkan orang lain, tetapi kita juga perlu sedaya upaya memenuhi harapan orang lain. Dan akhirnya akan terbentuknya satu  kelompok masyarakat mutualisme.





Monday 12 December 2011

JANGAN PERNAH BERHENTI BELAJAR !!!





Siapa mahukan dunia, perlu ada ilmu. Siapa yang mahukan akhirat juga perlu ada ilmu. Jika mahukan kedua duanya, perlu ada ilmu. Bila berbicara tentang ilmu, pasti terdetik di hati kita untuk melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. Lebih manis jika belajar di luar negara. Pasti mencabar dan sukar!


Merantau di negara orang sudah tentu bukan mudah. Rasa sedih dan gembira bercampur baur mencetuskan status sebenar hati dan perasaan.  


Kita terus dihimpit kesunyian apabila terpaksa berjauhan daripada perhatian insan tersayang ibu dan bapa. Tetapi itu tidak bermakna kita terlepas daripada perhatian Allah SWT. Dia Maha Melihat. Tiada guna kita lari bersembunyi, kerana kita sentiasa diperhati!


Ilmu itu penting. Ia sebagai penyuluh kehidupan. Islam menyuruh agar umatnya menuntut ilmu. Rasulullah SAW pernah bersabda mafhumnya :


"Menuntut ilmu adalah satu kewajipan ke atas setiap muslim"  


Sudah terang lagi bersuluh. Menuntut ilmu satu kewajipan. Dan salah satu cara menuntut ilmu adalah dengan belajar. Belajar tidak semestinya di sekolah. Di mana mana sahaja kita boleh belajar. Tidak semestinya daripada golongan ilmuwan. Kita juga boleh belajar daripada kawan dan pengalaman. Asalkan ilmu yang dipelajari tidak salah dan terpesong di sisi agama Islam. 








Dalam pembelajaran, keberkatan amat diutamakan. Belajar dan keberkatan umpama pasangan yang sukar untuk dipisahkan. Tanpa keberkatan, ilmu yang dipelajari sukar untuk difahamkan apatah lagi untuk diamalkan. Dalam kesibukan belajar jangan terlupa mencari berkat daripada guru. Apa guna belajar tinggi tinggi kalau keberkatan tidak berjaya dimiliki.


Ingin diingatkan agar jangan pernah kita rasa ilmu kita sudah cukup. Ingatlah, ilmu Allah Taala itu luas. Tidak terhad dan tidak terbatas. 


Jangan juga kita berhenti belajar. Sehingga mata belum tertutup, teruskan usaha kita meneroka seberapa banyak ilmu. Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat orang yang berilmu beberapa darjat. Curilah peluang yang terhidang selagi ajal belum menjelang. Agar 
kita sama sama tergolong dalam golongan yang diangkat darjatnya di sisi Allah SWT.



Friday 9 December 2011

SABAR ITU SATU KEKUATAN...




Tidak dinafikan bahawa ramai yang mahukan tubuh badan yang sasa. Tangan yang kuat.Otot yang tegap dan mantap. Ciri ciri fizikal inilah yang diimpikan kaum Adam khususnya. Mereka menganggap ciri ciri tersebut membuktikan mereka adalah golongan yg kuat.

Ya, benar mereka kelihatan kuat pada fizikal dan luaran. Tetapi adakah mereka memiliki kekuatan sebenar yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW? Kekuatan hakiki yang lahir dari jiwa yang bersih dan murni.


Kita renung sejenak hadis Rasulullah SAW mafhumnya :


"The strong man is not the one who throws people in wrestling. The strong man is the one who can control of himself when he is angry"


"Orang yang kuat bukanlah orang yang suka bergaduh, bertumbuk dan menindas orang yang lemah. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah"


Sekarang sudah terbukti, orang yang mampu menahan marah adalah orang yang kuat. Kekuatan yang sebenar terletak kepada tahap kesabaran seseorang.


Persoalannya, mampukah kita menahan marah daripada dibenci dan dikutuk? Laratkah kita bersabar daripada dihina dan dicerca?


Sejujurnya, kita mudah marah dan mudah hilang sabar. Mulut kita ringan membalas dengan melemparkan kutukan dan penghinaan. Tangan juga senang menghayun tumbukan dan pukulan. Akhirnya seribu dendam bersarang dalam hati dan fikiran.


Ingatlah semula akhlak Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan kaumnya. Rasulullah tidak mudah melatah dan tidak juga mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan yang ingin cucu cucu Adam saling bergaduh dan berpecah belah. Baginda tetap bersabar walaupun dihina, dicerca, dilempar najis dan cubaan membunuh.


Tidak terlintas di hati Baginda untuk membalas dengan yang setimpal. Tetapi semua itu dibalas dengan akhlak Rasulullah yang mulia agar mereka tertarik untuk memeluk agama Islam. Itulah mulianya akhlak seorang utusan Allah


Memang kita tidak mampu mencontohi seratus peratus seperti Rasulullah. Tetapi senarai di bawah mungkun dapat membantu : 


  1. Berfikir dahulu akan pro dan kontranya (baik dan buruk) sebelum bertindak
  2. Berdoa agar dilindungi Allah daripada bisikan dan muslihat syaitan
  3. Berusahalah untuk terus bersabar dan terus bersabar
  4. Tidak lupa untuk berdoa juga untuk kesejahteraan orang yang memarahi kita
  5. Bertawakal kepadanya selepas berdoa dan berusaha

Wednesday 7 December 2011

RUANG ILMIAH - TERASING



"Diproses daripada rumpun didikan yang sama namun produknya berbeza. Terasing membawa mesej, jangan mengasingkan diri daripada kawan yang soleh supaya tak terasing daripada hidayah Allah. Sungguh memberi kesan!" - Fatimah Syarha Bt. Mohd Noordin (gambar) penulis novel "Tautan Hati", "Syabab Musafir Kasih" dan "Pemilik Cintaku... Pemenang Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006






SINOPSIS - 11 tahun terpisah dengan sahabatnya yang bernama Zaman, Saifullah bermimpikan akan janji mereka berdua sebelum berpisah. Janji yang tidak pernah dilupakannya, dan saban hari diingati. Namum mimpi itu datang berkali-kali seakan menyatakan bahawa dia belum menunaikan amanahnya.


Satu hari, Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah sangat gembira Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dalam dunia ini. Tanpa disangka-sangka, satu percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Saifullah.Hal ini mengheret dirinya ke kancah jenayah kongsi gelap.Hairan kerana merasakan diri Saifullah tiada kaitan, Amiri, abang ipar Saifullah bergerak melakukan siasatan.


Rupa rupanya, keterasingan dalam kehidupan seorang insan, mengheret manusia-manusia yang berhubung dengannya ke arah kegelapan. Ukhwah, cinta, kasih sayang, prinsip, matlamat, segalanya teruji dengan keterasingan ini.Bagaimana Saifullah melaluinya??? INFO TAMBAHAN: Harga semenanjung : RM 20.00 Sabah & Sarawak : RM 22.00 


BIODATA PENGARANG: MUHAMMAD HILAL ASYRAF BIN ABD RAZAK berasal dari Johor Darul Takzim. Anak sulung kepada 4 orang adik beradik ini dilahirkan pada 16 januari 1989. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Senai. Kemudian melanjutkan pelajaran di Maahad Attarbiah al-Islamiyyah (MARTRI). Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau merupakan ahli GKLN (Grup Karyawan Luar Negara) yang diterajui oleh Fahd Razy. Kenal beliau melalui tazkirah ringkas, dan perkongsian bermakna di alamat www.langitlihi.com

Wednesday 30 November 2011

SEKOLAH AGAMA DIANAKTIRIKAN

Kali ini saya berminat utk mengupas satu isu bertajuk SEKOLAH AGAMA DIANAKTIRIKAN.Adakah benar atau kita cuma x sedar?Atau mungkin kita sendiri x sedar kewujudan sekolah agama di sekitar kita.

Skop kali ini dikhususkan bagi pendidikan agama di sekolah beraliran agama di peringkat menengah seperti (SMA, SABK, SAMT, SAM, MAAHAD TAHFIZ dll)

Jika di peringkat sekolah rendah mungkin tiada masalah bagi ibu bapa utk menghantar anak mereka ke sekolah agama.Justeru itu, x hairanlah jika kita semua pernah belajar di sekolah agama.Walau bagaimanapun, jika di peringkat menengah, berapa ramaikah di antara pelajar sekarang yg memilih sekolah beraliran agama berbanding sekolah menengah biasa atau asrama yg bukan beraliran agama?

Lebih menyedihkan, sekolah beraliran agama hanya dijadikan pilihan terakhir selepas semua pilihan sedia ada ditolak.Ada juga yg menganggap pelajaran di sekolah beraliran agama tidak membawa ke mana dan tiada masa depan.Balik balik kerjaya 'ustaz' dan "ustazah" sahaja yg mampu dipilih.Tidak seperti aliran bukan agama apabila keluar nanti pelbagai kerjaya bakal menjadi pilihan.


Inilah tahap pemikiran kuno yg masih berada di takuk yg lama.Walaupun zaman sekarang jauh lebih maju, namun cara kita berfikir masih sama seperti dulu.Dunia lebih diutamakan sedangkan agama jelas sekali disisihkan.
                 
Ingin saya perbetulkan di sini bahawa x salah memilih selain daripada sekolah agama tetapi yg paling penting adalah membetulkan tanggapan buruk dan negatif masyarakat terhadap sekolah agama.Memburuk burukkan institusi seperti ini sama sahaja seperti menikam diri sendiri dari belakang.

Perlakuan seperti ini x ubah seperti menjatuhkan agama kita.Agama Islam yg mulia, satu satunya agama yg diredai Allah.Mulai sekarang kita ubah cara kita berfikir ke arah 'fikrah Islamiah'.Pemikiran dan ideologi berpaksikan syariat dan Islam.InsyaAllah, kita berjaya utk agama dan dunia...


Friday 25 November 2011

RUANG ILMIAH - MAJALAH SOLUSI

Assalamualaikum saya ucapkan kpd semua pelayan laman blog budakdakwah.blogspot.com, semoga anda semua dlm keadaan sihat sihat belaka.Alhamdulillah, syukur kpd tuhan yg telah memberikan kpd kita dua nikmat yg cukup besar iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman.Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Sedar ataupun tidak, Majalah Solusi telah muncul semula dgn keluaran terbaru edisi ke-38.Mungkin ada yg masih x menyedari kehadiran majalah ini, namun begitu majalah ini mampu memberi impak yg besar kpd pembacanya.


Dibarisi oleh kolumnis kolumnis yg terkenal seperti Us Pahrol Mohamad Juoi, Dr Hj Zahazan Mohamed, Dr Zaharuddin Abd Rahman dan lain lain, Majalah Solusi mampu memberi kelainan dlm setiap edisi yg diterbitkan.Setiap tajuk atau isu yg diutarakan telah berjaya digarap dgn baik.

Saya yakin Majalah Solusi akan menjadi antara majalah Islam yg popular bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.Dgn harga semurah RM 10.00, anda sudah mampu utk memilikinya.Apalah sangat dgn harga RM 10.00 jika hendak dibandingkan dgn ilmu dan maklumat yg bermanfaat yg akan anda perolehi melalui majalah ini.

Dptkan segera majalah ini di kedai kedai yg berhampiran mahupun yg berjauhan dgn anda.Semoga anda berjaya mendapat manfaat bukan sahaja utk diri anda bahkan utk keluarga, rakan rakan dan masyarakat sekeliling.

Thursday 17 November 2011

AL MA'THURAT

Assalamualaikum....
Ruangan kali ini akan mengupas sedikit sebanyak tentang Al Ma'thurat.Mungkin ia kedengaran agak baru bagi anda tetapi x mengapa kerana kali ini anda akan didedahkan serba sedikit tentang Al Ma'thurat.


Pengenalan


Al Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan sesuatu haruslah menyerahkan diri kepadaNya yg Maha Berkuasa.Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan 

jiwa seseorang drpd mengingati Allah....


Al Ma'thurat sebenarnya adalah zikir zikir yg diamalkan oleh Rasulullah SAW.Atas rasa tanggungjawab yg tinggi, As Syahid Imam Hassan Al Banna telah menyusun zikir zikir ini hingga terbitnya satu buku yg diberi nama Al Mathurat.Melalui buku ini, kita lebih mudah utk mengamalkan zikir zikir yg telah diajar Rasulullah SAW kpd kita.Beliau telah memilih dan menyusun Al Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah moleknya jika setiap diri muslim dpt mengamalkan zikir Al Ma'thurat ini pada setiap hari.


Pengertian dan Keutamaan Al Ma'thurat

1. Al-Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan diri dari segi aspek rohani dan jasmani.

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang Al Ma'thurat yg berasal daripada Nabi SAW

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al-Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari hari yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa doa dan wirid dalam Al-Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin

5. Mengamalkan Al Mathurat juga bererti bahawa kita telah menghidupkan sunnah rasul junjungan kita baginda Nabi Muhammad SAW

Antara buku buku Al Ma'thurat yg berada di pasaran....



Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Org org mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan semakin mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Tuhan.Tiada sesuatu yang lebih berharga dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan daripadaNya...

Setiap individu baik seorang pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir zikir yang diamalkan oleh Rasulullah.InsyaAllah, dgn kekuasaan Allah ia dpt membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk



Jika dilihat senario sekarang, Al Ma'thurat semakin dilupakan.Mungkin juga ada yg x pernah mengamalkannya apatah lagi mendengar namanya.Sebagai umat Islam yg prihatin, bersamalah kita menyebarkan berita ini kpd keluarga, rakan sekerja, sahabat handai dan sesiapa sahaja.Moga moga ia mampu memberi manfaat kpd mereka.Bersama kita berdakwah sesungguhnya ia merupakan satu kewajipan.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui...

lebih lanjut sila layari : melangkahterus.blogspot.com

TERABAI - BILA IBU BAPA DIABAIKAN


Kedua dua ibu bapa mampu menjaga,mendidik,mengasuh dan segala galanya utk anak anak mereka yg ramai.Tetapi anak yg ramai x mampu utk melakukan semua itu utk kedua ibu bapa mereka.Mengapa ini semua berlaku???Bukan sekadar omong kosong tetapi inilah realiti yg telah terjadi.

 


Luaskan pandangan,tenangkan fikiran.Lihatlah berapa ramai ibu bapa yg disisih di rumah kebajikan, sedangkan anak mereka selesa dgn kemewahan.Berapa ramai anak anak yg berada di luar sana hanyut dibawa arus keduniaan, sedangkan ibu bapa mereka dibiarkan merempat di tepi jalan.Di manakah tmpt kita sebagai anak???Anak anak sepatutnya menjaga kebajikan ibu bapa seperti mana yg telah mereka lakukan kpd kita di waktu kita kecil dahulu.Ibu bapa sewajarnya menerima layanan yg baik tetapi permata ini sering kali disisih dan dipinggirkan.

Tajamkan pendengaran,tumpukan perhatian.Dengarlah suara suara rintihan ibu bapa, akibat tangan tangan anak mereka.Mereka menangis,sedih,dan sebak adalah disebabkan perbuatan anak mereka sendiri.Dipukul,dihina,dimaki dan dibelasah.Bahkan ada yg sehingga sanggup membunuh ibu bapa sendiri.

Membunuh darah daging sendiri!!!.





Anak yg dikandung selama sembilan bulan lebih adalah pengorbanan si ibu yg amat besar.Penat lelah si ayah mencari nafkah dan rezeki juga adalah pengorbanan yg amat besar utk anak mereka.Tergamakkah kita melakukan perkara yg berdosa besar dan sekeji itu kpd kedua ibu bapa kita???

Terdapat satu cerita mengisahkan tentang seorang lelaki yg amat berbakti kpd ibunya.Pada suatu hari,datang seorang lelaki bertanya kepadanya.

"Kau amat berbakti kpd ibumu tetapi mengapa aku x pernah melihat kau makan bersama ibumu?"

lelaki itu menjawab,"Aku takut tanganku mengambil makanan yg telah ibuku lihat dahulu sehingga menjadikan aku derhaka kpdnya"

Lihatlah betapa tingginya darjat ibunya di hati lelaki tadi...MasyaAllah

Pulanglah semula ke pangkal jalan.Keluarlah dari kegelapan,jauhi syaitan.Kembalilah mencari ketenangan,mengabdikan diri kpd Tuhan.Berbaktilah kpd kedua ibu bapa selagi mereka masih bernyawa.Berdoalah akan kesejahteraan mereka,apabila mereka telah pergi meninggalkan kita.Sayangnya masih ada anak derhaka yg mengabaikan mereka

Sedarkah kita???.Fikir fikirkanlah.....

Wednesday 16 November 2011

TV ALHIJRAH - PERTAMA DI MALAYSIA


Buat pertama kalinya di Malaysia,TV ALHIJRAH bakal mencipta sejarah apabila muncul sebagai saluran televisyen Islam pertama di negara Malaysia.Dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),ia beroperasi dari Pusat Islam berhadapan dgn Masjid Negara di Kuala Lumpur

TV ALHIJRAH sudahpun mula bersiaran sejak 1 Disember 2010 dgn waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hinggga 12 tengah malam pd hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.TV ALHIJRAH juga dpt ditonton menerusi Astro saluran 114.Siarannya telah dipanjangkan dari jam 7 pagi hingga 12 tgh malam pd hari Jumaat,Sabtu dan Ahad

Bertemakan "Segalanya Bermula Di Sini",TV ALHIJRAH sesuai utk ditonton dari semua peringkat umur.Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen tersebut adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran,Indonesia,Turki,Palestin dan Belanda.Sejumlah 30 peratus diterbitkan sendiri oleh TV ALHIJRAH

Frekuensi

Lembah Klang - 743.25 MHz
Terengganu - 631.25 MHz
Johor Timur, Kepulauan Johor & Selatan Pahang (Menara Transmisi Bukit Tinggi, Mersing)- 623.25 MHz
Sarawak - 599.25 MHz
Sabah - 599.25 MHz
Pahang (Pahang Timur) - Pemancar di Bukit Pelindung, Kuantan Saluran 22 Frekeunsi UHF 475.25 Mhz

Jangan ketinggalan utk menonton rancangan2 menarik yg disediakan oleh pihak TV ALHIJRAH.Semoga niat murni TV ALHIJRAH berjaya dimanfaatkan oleh semua.SELAMAT MENONTON!!!

sumber : Wikipedia