Tidak dinafikan bahawa ramai yang mahukan tubuh badan yang sasa. Tangan yang kuat.Otot yang tegap dan mantap. Ciri ciri fizikal inilah yang diimpikan kaum Adam khususnya. Mereka menganggap ciri ciri tersebut membuktikan mereka adalah golongan yg kuat.
Ya, benar mereka kelihatan kuat pada fizikal dan luaran. Tetapi adakah mereka memiliki kekuatan sebenar yang pernah disebut oleh Rasulullah SAW? Kekuatan hakiki yang lahir dari jiwa yang bersih dan murni.
Kita renung sejenak hadis Rasulullah SAW mafhumnya :
"The strong man is not the one who throws people in wrestling. The strong man is the one who can control of himself when he is angry"
"Orang yang kuat bukanlah orang yang suka bergaduh, bertumbuk dan menindas orang yang lemah. Tetapi orang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah"
Sekarang sudah terbukti, orang yang mampu menahan marah adalah orang yang kuat. Kekuatan yang sebenar terletak kepada tahap kesabaran seseorang.
Persoalannya, mampukah kita menahan marah daripada dibenci dan dikutuk? Laratkah kita bersabar daripada dihina dan dicerca?
Sejujurnya, kita mudah marah dan mudah hilang sabar. Mulut kita ringan membalas dengan melemparkan kutukan dan penghinaan. Tangan juga senang menghayun tumbukan dan pukulan. Akhirnya seribu dendam bersarang dalam hati dan fikiran.
Ingatlah semula akhlak Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan kaumnya. Rasulullah tidak mudah melatah dan tidak juga mudah terpengaruh dengan hasutan syaitan yang ingin cucu cucu Adam saling bergaduh dan berpecah belah. Baginda tetap bersabar walaupun dihina, dicerca, dilempar najis dan cubaan membunuh.
Tidak terlintas di hati Baginda untuk membalas dengan yang setimpal. Tetapi semua itu dibalas dengan akhlak Rasulullah yang mulia agar mereka tertarik untuk memeluk agama Islam. Itulah mulianya akhlak seorang utusan Allah
Memang kita tidak mampu mencontohi seratus peratus seperti Rasulullah. Tetapi senarai di bawah mungkun dapat membantu :

- Berfikir dahulu akan pro dan kontranya (baik dan buruk) sebelum bertindak
- Berdoa agar dilindungi Allah daripada bisikan dan muslihat syaitan
- Berusahalah untuk terus bersabar dan terus bersabar
- Tidak lupa untuk berdoa juga untuk kesejahteraan orang yang memarahi kita
- Bertawakal kepadanya selepas berdoa dan berusaha

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.