Sunday, 18 December 2011
JALAN JALAN TAMBAH IMAN
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Bersama hos anda budak dakwah di dalam rancangan yang terbaru "Jalan Jalan Tambah Iman" hanya di saluran budakdakwah@blogspot.com.
Mungkin kita dah biasa dengar rancangan Jalan Jalan Cari Makan. Rancangan yang menyajikan tempat tempat menarik untuk dikunjungi dan dilawati. Tetapi ia sedikit berlainan di dalam rancangan ini. Kita akan cuba memahami bagaimana dengan hanya berjalan jalan, insyaAllah kita mampu menambah iman.
Sebenarnya kita digalakkan untuk bermusafir di muka bumi Allah ini untuk melihat dan mengagumi kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Allah menjadikan manusia sebagai ahsani takwim iaitu sebaik baik kejadian. Seharusnya kita menggunakan akal dan fikiran yang telah dianugerahkan untuk berfikir.
Ciptaan ciptaan Allah melambangkan kekuasaanNya. Lihatlah bumi tempat kita berpijak. Planet bumi merupakan planet yang paling sesuai untuk didiami manusia. Pandanglah ke atas melihat kepulan kepulan awan. Tergantung di atas sana tanpa sebarang tali. Kiblat umat Islam iaitu Kaabah. Ia terletak betul betul di tengah tengah dunia. Dan air zam zam pula tidak berhenti mencurah curah. Air bawah tanah yang penuh dengan khasiat. Adakah ia mustahil? Tiada apa yang mustahil di sisi Allah.
Dalam bermusafir tiada halangan untuk kita beribadah. Bahkan Allah telah meringankan beban orang orang yang bermusafir. Kita boleh mengerjakan solat jamak dan qasar apabila
sudah memenuhi syarat syarat sah seperti perjalanan mestilah melebihi dua marhalah dan berniat baik.
Jangan kita sekadar bercuti atau berjalan jalan di atas muka bumi Allah tanpa kita mengagumi kebesarannya. Hayatilah keindahan alam dan ciptaannya. Kebesaran Allah ada di mana mana sahaja. Tinggal kita untuk mencari dan mengkaji. Gunakan akal untuk berfikir, gunakan lidah untuk berzikir. Subhanallah! Maha Suci Allah! Hebatnya ciptaan Allah mengatasi segala galanya. Dialah Maha Pencipta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.