Monday, 2 January 2012

RUANG ILMIAH - Indahnya Hidup Bersyariat




Isi buku Indahnya Hidup Bersyariat ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab, Semua ilmu bersumberkan Al Quran dan hadis sahih


Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik


Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.


Biodata Penulis


Datuk Ustaz Ismail Kamus lahir pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Ulu SelangorPada 22 November 2011, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2011 Peringkat Negeri Selangor. Sumbangannya besar dalam menyebarkan syiar Islam. Beliau pernah menjadi guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selain bertugas 15 tahun di Jawi. Kini perunding motivasi dan pendakwah bebas di samping menjadi ahli perniagaan dan pengamal perubatan Islam Darus Salam.


Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid dilahirkan di Kedah pada tahun 1991. Melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Meneruskan pengajian dengan ijazah Sarjana (MA) dalam bahasa Arab di UIAM. Beliau sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD di Universiti Malaya. Kini menjawat jawatan pensyarah di Pusat Matrikulasi, UIAM

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.