Monday, 2 January 2012

Nasyid Semakin Positif



Dakwah merupakan satu kewajipan. Ia satu tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap manusia yang bergelar muslim. Dakwah juga memerlukan kreativiti. Kita perlu kreatif dalam menyebarkan dakwah dan syiar Islam. Kita perlu menggunakan platform dan medium yang sesuai dengan peredaran zaman


Antara cara yang banyak digunakan ialah melalui muzik. Ini terbukti dengan kehadiran artis artis nasyid yang terkenal seperti Maher Zain, Sami Yusuf,Yusof Islam dan lain lain. Maher Zain popular dengan lagunya Insyaallah dan Sami Yusuf dengan lagu al mu'allim. Mereka membuktikan nasyid juga mampu bersaing dengan lagu lagu yang bergenre lain.


Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melahirkan penyanyi nasyid yang terkenal seperti Raihan dan Rabbani serta banyak lagi. Melalui lagu, mereka menyampaikan mesej mesej dakwah. Sebenarnya banyak lagi penyanyi nasyid di luar negara yang tidak berapa terkenal. Antaranya ialah 3ilm, D-Clique dan SOA(Soldier of Allah) Ada yang bergenre rap dan pop. 


Anda boleh layari http://muslimhiphop.com untuk mengenali lebih banyak artis luar negara. 
Saya juga pernah menonton nasyid bergenre k-pop. Ini satu cubaan yang baik dalam mengaplikasikan k-pop ke arah kebaikan. Fenomena k-pop amat meluas di Malaysia dan seluruh negara. Mungkin juga pendengar akan tertarik dengan lagu seumpama ini. Tujuannya sama sahaja tetapi mengaplikasikan cara yang berbeza.

Jika kita ada akademi fantasia, kita juga perlu ada akademi nasyid seperti yang dilakukan TV9. Kita perlu mengembangkan genre nasyid yang pernah popular satu masa dahulu. Genre nasyid perlu diperluaskan agar ia diminati dan disukai terutamanya anak anak muda. Jika kena pada cara dan tempatnya, Insyaalah matlamatnya akan tercapai. 





Dakwah perlukan perubahan. Perubahan mengikut peredaran zaman dan perkembangan teknologi. Internet juga mampu dijadikan medium yang sesuai dalam arena dakwah jika dapat diimplementasikan dengan betul. Yang penting kita mesti kreatif. Barulah mesej yang ingin disampaikan terlaksana.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.