Tuesday, 3 January 2012
BICARA : Hijau - Kebetulan atau Penghinaan?
" Jom ikut abang pergi kedai ", tanya Zaki sambil menoleh ke arah adiknya.
" Nak ikut!, Sofia menyatakan persetujuannya
" Adik suka warna apa? ", tiba tiba sahaja soalan itu terkeluar dari mulutnya.
" Warna biru. Biru melambangkan ketenangan, macam air laut ", jawab Sofia tenang. Sofia berasa hairan. Tiba tiba sahaja soalan itu diajukan.
" Abang pulak suka warna apa? ", Sofia pula mengajukan soalan yang sama. Cuba mengikut rentak abangnya.
" Hmm...warna sama dengan warna kesukaan ummi ", Zaki cuba menguji adiknya. Sengaja memaksa Sofia berfikir.
Sofia berfikir sejenak. " Ha! warna hijau kan! " Zaki sekadar mengangguk.
" Tapi kenapa? ", sofia seakan tidak berpuas hati dengan jawapan abangnya. Dia mahukan jawapan yang benar benar tepat.
" Warna hijau warna yang segar dan damai. Lebih kurang macam warna biru, tapi warna hijau lagi istimewa ", Zaki masih berteka teki. Dia suka melihat gelagat adiknya yang tertanya tanya.
" Istimewa? Adik tak faham lah ", Sofia mencebik. " Cakaplah betul betul ", Sofia seakan memaksa.
" Istimewa sebab ada tiga perkara. Yang pertama sebab hijau warna kesukaan ibu. Yang kedua sebab abang minat pasukan Brazil. Baju Brazil kan warna hijau ", Zaki menjelaskan satu persatu.
" Yang ketiga sebab apa abang? ", perasaan ingin tahu Sofia sukar disembunyikan. Hatinya membuak buak menantikan jawapan abangnya.
" Yang ketiga sebab abang dengar warna hijau warna kesukaan nabi ", lanjut Zaki lagi
" Tapi adik takutlah dengan warna hijau. Sebab Hulk kan warna hijau. Ganas dan menakutkan ", Sofia tiba tiba mencelah.
" Abang pun perasan semua itu tapi mungkin juga kebetulan. Dan mungkin juga satu penghinaan ", wajah Zaki menampakkan kerutan di dahinya.
" Apa maksud abang? ", Sofia inginkan kepastian.
" Cuba tengok kartun Danny Phantom. Hantu hantu kan warna hijau. Benda benda menakutkan pun banyak yang warna hijau. Macam Hulk dan benda benda yang berlendir ", ujar Zaki lagak berhujah.
" Yelah, adik pun ada perasan. Cuba abang main game angry birds. Benda yang kita kena serang adalah khinzir dan... "
" ... khinzir tu warna hijau! ", Zaki tiba tiba mencelah. Dia sudah dapat agak apa yang ingin Sofia katakan. Satu keluhan berat diluahkan Zaki. Otaknya ligat berfikir.
" Abang rasa orang banyak buat macam ini sebab nak suruh kita anggap warna hijau warna yang jahat. Warna yang tidak baik ", Zaki membuat andaian
Sofia sekadar mengangguk. Bersetuju dengan pendapat abangnya.
" Mungkin ini satu kebetulan. Dan mungkin ini juga satu penghinaan ", Zaki membuat kesimpulan.
Suasana kembali sunyi. Masing masing membisu, mengunci bicara. Mengerah otak untuk mendapatkan satu jawapan yang wajar dan realistik.
Marilah kita pula bersama sama mencari jawapan !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.