Wednesday, 19 December 2012

ISU - Palestin Tanggungjawab Kita




Umat Islam perlu bersatu untuk memenangi perang ini. Bagaimana caranya, itu perlu kita rencanakan bersama.
Isu negara bergolak di tanah arab ini tidak pernah berhenti. Ada sahaja agenda 'busuk' Israel yang mahu melihat rakyat Palestin menderita. Peluru berpandu, bom, pistol dan banyak lagi yang telah mereka hantarkan. Alasan perbuatan mereka semuanya tidak masuk akal. Tidak cukup dengan itu, pelbagai sekatan dikenakan bagi menghalang 'tangan tangan' murni manusia membantu rakyat Palestin. Lebih memilukan, negara Islam juga tanpa berselindung membantu Israel melicinkan rancangan mereka di samping terdapat juga kelibat beberapa pemimpin negara Islam yang hanya berdiam diri denagan isu Palestin.

Kita tidak boleh berdiam diri. Kita perlu peka dengan penderitaan mereka. Saudara kita di sana perlu diselamatkan sebelum lebih ramai yang bakal terkorban. Kita perlu bangkit menentang musuh durjana itu!

Antara usaha yang boleh dilaksanakan,

Boikot Produk Tajaan Mereka

Kita pasti sudah maklum dengan pelbagai produk yang menjadi sumber kewangan Israel membeli senjata bagi membunuh umat Islam di Palestin. Justeru kita perlulah bersama memboikot bukannya 'memborong' barang tersebut. Jika usaha ini berjaya kita sebenarnya sudah membuatkan kewangan mereka 'tempang'

Membaca Qunut Nazilah

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya. Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. 




Menyedarkan Masyarakat tentang Isu Palestin

Inilah yang cuba saya usahakan. Memberi kesedaran tentang peri pentingnya bantuan kita kepada mereka. Lihatlah Syeikh Ahmad Yassin yang syahid di tangan helikopter Apache Israel disebabkan khutbahnya yang mengancam Israel sehingga memaksa satu pembunuhan diadakan sedangkan beliau hanyalah bekerusi roda dan sudah uzur.

Umat Islam perlu bersatu untuk memenangi perang ini. Bagaimana caranya, itu perlu kita rencanakan bersama. Kita perlu yakin bahawa Islam bakal menang dan syaratnya kita perlu bangkit!

Allahuakbar!...Allahuakbar!...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.