Kualiti berbanding kuantiti.Dua perkara yg nampak serupa dan sama,tetapi ia amat
berbeza.Apa itu kualiti dan kuantiti?Kualiti boleh didefinisikan sbg nilai atau mutu.Kuantiti pula ialah apa yg disandarkan pd jumlah sesuatu.Jadi,apa pentingnya kualiti berbanding kuantiti dlm kehidupan kita di dunia ini?
Mudah sahaja.....
Islam itu sendiri telah membuka luas mata banyak pihak tentang kepentingan kualiti berbanding kuantiti.Tetapi ramai yg terlupa sehingga mata mereka tertutup utk melihat kehebatan Islam pd hakikatnya.
Contoh yg paling mudah ialah ketika Perang Badar di zaman Rasulullah SAW.Jumlah tentera Islam adalah seramai 313 org sedangkan tentera Musyrikin seramai 1000 org.Jika mengikut logik akal,adakah mampu tentera Islam memenangi pertempuran ini???Sudah tentu tidak.Saya memetik pepatah org Melayu,katanya sarang tebuan jgn dijolok.Mana mampu 313 org menentang 1000 org.Dlm kata lain,x payah nak cari nahas.Tetapi dlm peperangan ini,umat Islam yg telah mencapai kemenangan.Bagaimana umat Islam boleh menang???.Tambahan pula,peperangan ini berlaku pd bulan Ramadan.Dalam keadaan lapar,dahaga,letih,panas terik dan semua mcm keadaan.Namun itu semua bukan penghalang bagi tentera Islam utk mengecapi kemenangan.Bukan Perang Badar sahaja,bahkan hampir semua peperangan yg dimenangi umat Islam bukan berdasarkan kualiti dan kuantiti tentera.
Tahukah anda semua mengapa???Hal ini kerana...
- Di dlm kalangan tentera Islam,bukanlah kuantiti semata mata yg dicari,kerana yg mahu dimiliki ialah kualiti.Kualiti berdasarkan aspek rohani dan jasmani.
- Umat Islam berperang utk mencari mati syahid sedangkan orang kafir berperang utk terus hidup.Adat peperangan,ada yg akan mati dan ada yg akan terus hidup
Macam mana sudah faham???.....
Kuantiti x semestinya melambangkan kualiti.Tetapi alangkah baiknya jika pd kuantiti mencerminkan kualiti.Diharapkan agar kuantiti yg banyak mempunyai kualiti yg serupa.10 kanak kanak Islam menunjukkan 10 kualiti Islam yg segar.100 remaja Islam melambangkan 100 kuantiti Islam yg terpancar.1000 tentera Islam mencerminkan 1000 kualiti tentera Islam yg bersinar.Dan hinggalah ke kuantiti yg seterusnya.Diharapkan agar ia mencerminkan kualiti umat Islam yg hebat dan produktif.Ia sekaligus merealisasikan impian seluruh umat Islam yg ingin menyaksikan risalah risalah dakwah Islam bertebaran di muka bumi seterusnya melahirkan umat Islam yg berkualiti !!!!

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.