Tuesday, 1 January 2013

BICARA - Solat Yang Wajib Itu Bukan Sahaja Maghrib





Bagi melatih kanak kanak untuk bersolat ia sudah tentu tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang sudahpun akil baligh, sudah tentu wajib mengerjakan kelima lima solat yang difardhukan.


Kita sedia maklum bahawa solat yang difardhukan ke atas kita sebanyak lima waktu. Bermula dengan solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan akhir sekali Isyak. Namun begitu, masih ramai yang hanya mengerjakan solat Maghrib tetapi meninggalkan solat bagi empat waktu yang lain. Senario ini telah lama berlaku. Mungkin sahaja kita sendiri tidak sedar penularannya ke dalam
masyarakat Islam hari ini. 

Pada pandangan saya, mungkin disebabkan waktu Maghrib yang pendek menyebabkan segelintir menitikberatkannya sehingga mengabaikan solat yang lain. Solat fardhu yang lain waktunya lebih panjang dan berkemungkinan solat ini dilengah lengahkan dan akhirnya kita terlepas pandang.

Solat Maghrib juga dilihat sebagai modul latihan dalam mendidik kanak kanak untuk menunaikan solat. Pada waktu ini ibu bapa kebiasaannya sudah pulang ke rumah. Ini bakal memudahkan si ibu dan bapa untuk menyuruh sekaligus memantau solat anaknya. Solat pada waktu lain pula lazimya ibu bapa tiada di rumah untuk keluar bekerja ataupun sudah terlelap akibat kepenatan bekerja.

Bagi melatih kanak kanak untuk bersolat ia sudah tentu tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang sudahpun akil baligh sudah tentu wajib mengerjakan kelima lima solat yang difardhukan. Bukan solat Maghrib sahaja.

Ingatlah peristiwa Rasulullah dalam menerima wahyu untuk menyeru umat Islam bersolat. Rasulullah sendiri datang bertemu dengan Allah untuk menerima perintah mengerjakan lima puluh waktu solat. Namun setelah dikurangkan beberapa kali sehingga lima waktu solat, Rasulullah sudah malu untuk meminta dikurangkan lagi.

Justeru, kita seharusnya bersyukur dengan cinta dan kasih Rasulullah terhadap umatnya. Ingatlah, solat yang wajib itu bukan sahaja Maghrib.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.