Saturday, 15 September 2012

BICARA - Berhati-hati Dalam Berhibur





Kita pasti sudah maklum bahawa hiburan tidak salah di sisi Islam selagi ia tidak memberi mafsadah seperti hiburan yang melampau atau lalai sehingga solat terabai. Menurut Ustaz Azhar Idrus seorang pendakwah terkemuka tanah air, hiburan bertujuan menghilangkan jemu dalam beribadah. Justeru, hiburan yang bercorakkan Islam penting agar kualiti ibadah tidak terjejas.


Yahudi terutamanya, sungguh bijak dalam menyerang fikrah fikrah umat Islam agar mengikut telunjuk mereka. Saya teringat kata kata seorang senior saya, 'orang kafir jika menentang Islam dengan senjata mereka pasti tewas. Oleh sebab itu, mereka menjajah minda dan fikrah umat Islam'. Kebenarannya, mereka sudahpun mendahului kita bahkan mengawal kita.  

Antara kejayaan mereka adalah melalui hiburan terutamanya muzik

Hari ini hiburan telah menjadi senjata ampuh musuh musuh Islam. Buktinya, apa sahaja hiburan yang mereka cipta pasti menjadi kegilaan. Dahulunya genre blackmetal menjadi ikutan. Selepas itu menyusul pula K-pop dari Korea. Kini kita dihantui pula oleh 'Gangnam Style' yang juga dari Korea.

Tanpa memahami erti lirik yang didendangkan apatah lagi ia berbahasa asing, umat Islam mula terikut ikut dan cuba meniru. Akhirnya kita dan mereka sama sahaja. Yang berbeza cuma pada nama. Islam atau tidak?

Mengapa ?

Kita mudah sangat terpengaruh. Akal seolah olah merestui apa apa sahaja asalkan sedap didengar telinga. Kita sepatutnya sudah bersedia sepenuhnya untuk membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Moga moga kita tidak tergelincir ke dalam perangkap mereka. 

Solusinya, ingin saya tegaskan di sini, tidak salah berhibur. Yang penting kita laksanakan yang hak, jauhi yang batil. Rumitkah Islam? Pasti tidak bahkan kita sudah ada panduan iaitu Al Quran dan Sunnah. Jika kedua dua sumber utama ini berjaya diamalkan secara syumul, kita tidak akan sesat selama lamanya. Itu jaminan Rasulullah. Pasti


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.