Thursday, 17 November 2011

AL MA'THURAT

Assalamualaikum....
Ruangan kali ini akan mengupas sedikit sebanyak tentang Al Ma'thurat.Mungkin ia kedengaran agak baru bagi anda tetapi x mengapa kerana kali ini anda akan didedahkan serba sedikit tentang Al Ma'thurat.


Pengenalan


Al Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan sesuatu haruslah menyerahkan diri kepadaNya yg Maha Berkuasa.Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan 

jiwa seseorang drpd mengingati Allah....


Al Ma'thurat sebenarnya adalah zikir zikir yg diamalkan oleh Rasulullah SAW.Atas rasa tanggungjawab yg tinggi, As Syahid Imam Hassan Al Banna telah menyusun zikir zikir ini hingga terbitnya satu buku yg diberi nama Al Mathurat.Melalui buku ini, kita lebih mudah utk mengamalkan zikir zikir yg telah diajar Rasulullah SAW kpd kita.Beliau telah memilih dan menyusun Al Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah moleknya jika setiap diri muslim dpt mengamalkan zikir Al Ma'thurat ini pada setiap hari.


Pengertian dan Keutamaan Al Ma'thurat

1. Al-Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al-Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan diri dari segi aspek rohani dan jasmani.

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang Al Ma'thurat yg berasal daripada Nabi SAW

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al-Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari hari yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa doa dan wirid dalam Al-Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin

5. Mengamalkan Al Mathurat juga bererti bahawa kita telah menghidupkan sunnah rasul junjungan kita baginda Nabi Muhammad SAW

Antara buku buku Al Ma'thurat yg berada di pasaran....



Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Org org mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan semakin mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Tuhan.Tiada sesuatu yang lebih berharga dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan daripadaNya...

Setiap individu baik seorang pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir zikir yang diamalkan oleh Rasulullah.InsyaAllah, dgn kekuasaan Allah ia dpt membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk



Jika dilihat senario sekarang, Al Ma'thurat semakin dilupakan.Mungkin juga ada yg x pernah mengamalkannya apatah lagi mendengar namanya.Sebagai umat Islam yg prihatin, bersamalah kita menyebarkan berita ini kpd keluarga, rakan sekerja, sahabat handai dan sesiapa sahaja.Moga moga ia mampu memberi manfaat kpd mereka.Bersama kita berdakwah sesungguhnya ia merupakan satu kewajipan.Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui...

lebih lanjut sila layari : melangkahterus.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.